WHAT'S NEW?
Loading...

AYAT BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

AYAT BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Tidak syak Al-Quran memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36)
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas

Cara:

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
sumber dari: http://www.islamituindah.my/ayat-benteng-pertahanan-diri-keluarga-harta-benda

0 ulasan:

Catat Ulasan